Thursday 22 September 2011

BERANIKAH KITA MELAKUKAN PERUBAHAN??


Perubahan itu bermula daripada diri individu. Apabila individu-individu berubah menjadi baik maka dia menjadi orang baik. Apabila terdapat individu-individu yang baik, maka masyarakat akan menjadi baik. Orang baik bertanggungjawab menuntut ilmu untuk disampaikan kepada masyarakat, terutamanya ilmu agama. Penyampaian ilmu dan fikrah daripada individu-individu yang baik inilah yang akan membentuk masyarakat yang baik. Orang-orang yang baik akan dipersoalkan oleh Allah sekiranya mereka tidak melaksanakan dakwah terhadap masyarakat.
Seringkali terasa sukar bagi seseorang untuk melakukan perubahan, lebih-lebih lagi perubahan ke arah kebaikan dan kebenaran. Antara punca berlakunya masalah ini ialah lemah pendirian. Seorang yang lemah pendirian dikatakan sebagai seorang yang bermaksiat, lalai, dan tidak memenuhi kewajipan dirinya sebagai seorang Muslim. Perlulah diyakini bahawa sesungguhnya syariat Allah itu diturunkan dalam keadaan mampu dilaksanakan oleh manusia dengan berbagai kelonggaran yang dikurniakan Allah. Oleh itu tiada sebab bagi seseorang untuk tidak memenuhi kewajipan beriltizam dengan syarak. Orang yang lemah pendirian dikatakan sebagai orang yang 'aasi yakni orang yang melakukan maksiat kepada Allah, disebabkan kelalaiannya dalam memenuhi hak-hak Allah SWT.
Terdapat beberapa tanda seseorang itu lemah pendirian menurut pendapat ulama'. Maka jika kita mendapati salah satu daripada berikut terdapat dalam diri kita maka ayuh kembali kepada Allah dan berusaha memperbaiki semula diri kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Antara tanda lemah pendirian:
  • Tidak berhati-hati apabila bercakap. Apabila seseorang itu tidak berhati-hati apabila bercakap, percakapannya boleh dimasuki oleh unsur-unsur yang boleh membawa kepada dosa dan fitnah.
  • Tidak taat kepada pemimpin. Seseorang Muslim itu harus taat kepada pemimpin yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah seperti mana yang telah dijelaskan Allah dalam Surah an-Nisa' ayat 59.
  • Tidak mahu berkorban di jalan Allah.
  • Tidak berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan.
  • Tidak sabar dalam menunggu kejayaan. Misalnya seseorang yang berdoa kepada Allah dan mengharap doa itu dimakbulkan pada saat itu juga sedangkan ada doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah serta merta untuk digantikan dengan balasan yang lebih baik kelak.
  • Mudah terpengaruh dengan godaan dunia. Antara cara untuk mengelakkan godaan dunia ialah memperbanyak amalan dan menyibukkan diri dengan amal-amal Islami.
  • Cepat berputus asa daripada rahmat Allah.
  • Melakukan perkara-perkara yang kurang bermanfaat seperti berhibur dengan berlebihan, tidur berlebihan dan sebagainya.
Perlu juga diketahui bahawa terdapat banyak sebab yang boleh menjadikan seseorang itu lemah pendirian. Antara faktor lemah pendirian ialah pergaulan dengan orang-orang yang lemah pendirian, termasuk menuruti perintah pemimpin yang lemah pendirian. Seperti mana hadis Rasulullah SAW "orang Mukmin itu adalah cerminan saudaranya" dan juga kata-kata "rakyat adalah menurut agama pemimpinnya." Faktor lain yang boleh mendorong kepada lemah pendirian ialah lemahnya iman seseorang. Orang yang lemah iman tidak dapat memperbaik dirinya sendiri. Antara cara untuk menguatkan iman adalah dengan menuntut ilmu, terutamanya ilmu Din dan ilmu-ilmu yang dapat membawa kepada kebesaran Allah SWT. Iman berhubung kait dengan amal soleh. Lemahnya iman menyebabkan amalan soleh kita berkurangan, dan kurangnya amal soleh membawa kepada kelemahan iman. Untuk mengelakkan lemah iman, selain daripada menuntut ilmu, kita hendaklah menjauhkan diri kita daripada mencintai dunia secara berlebihan.

Tuesday 20 September 2011

MASA UNTUK MELAKUKAN ANJAKAN PARADIQMA...

19/9/2011 Sehingga 9/10/11 adalah masa untuk hamba ini menghadapi peperiksaaan akhir bagi semester ini..jika lepas sudah jATUH,,,namun masa ini lah hamba akan bangkit untuk melakar satu kejayaan untuk terus kehadapan..bukan untuk pergi laju..tapi untuk pergi jauh.."if you want to go fast,you go alone..if you want to go far,,go together"..ini lah kata-kata yang perlu digunakan untuk kejayaan...bersAMBUNG...HAMBA NAK baca jap..hehe

Tuesday 13 September 2011

MUSTAHILKAH KITA UNTUK BUAT PERUBAHAN????


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuatan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik kan?
.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun.

@rassull abdullah

RAMADHAN DITANGISI,,SYAWAL DIRAIKAN

MUNGKIN RASE SEDIH BILA TERPAKSA MELEPASKAN RAMADHAN PERGI BEGITU SAJE TANPA SEDIKIT RASA KEMANISANNYA..NAMUN DALAM MERATAPI RAMADHAN SYAWAL MUNCUL DENGAN SUASANA YANG BERBEZA BG KITA..MUNGKIN INI MASA UNTUK MERAIKAN KEJAYAAN KITA DALAM RAMADHAN..NAMUN,,APEKAH PERJUANGAN KITA DALAM RAMADHA???TEPUK DADA,TANYA IMAN KITA..PERLU KITA MENANGISI SYAWAL SAMA DENGAN RAMADHAN???MUNGKIN TIDAK KOT..PERCAYA LAH..IA LEBIH GILER2 LG DARI SYAWAL TAHUN LEPAS..NAMUN...WALAUPUN IA TERUS BEGINI..AYUH.....SAMA BERJUANG DALAM KEHIDUPAN KITA SEBAGAI 'SUPERMUSLIM' BAGI MENGEJAR KENIKMATAN DUNIAWI YANG BERPAKSI KEPADA AKHIRAT...DUNIA DIJAGA,AKHIRAT TERJAGA...