Monday 20 October 2014

Positif sikit beb

Positif sikit beb!!

Hari ini aku terfikir pasal perkataan 'positif'. Tak tahu kenapa sebab aku rasa ada 'sumting' yang boleh dikongsikan.

Aku fokuskan ia pada pemikiran kita. Pemikiran kita ni ada 2 kutub senang cerita. Positif dan negatif atau ( baik dan buruk).

Positif,selalu lah berfikiran positif dalam apa pun,kerna ia akan memberi kesab kepada kita.kesannya adalah diri kita dikelilingi perkara positif sahaja dan kita juga bebas,bebas daripada gangguan negatif.

Semua ke kena positif? Itu atas situasi.kalau dah nampak pencuri masuk dalam rumah,takkan nak positif lagi kan.hahaa

Sunday 19 October 2014

Sembunyi derita dalam ceria

Salam ceria.:)

Derita,tak kan hidup seorang manusia tanpa derita. Kalau tiada derita,kau Bohong!
Semua orang ada derita,yang bezanya adalah corak derita nya. Dari segi apa?
Kewangan,sosial,pelajaran,kawan,keluarga dan sebagainya.

Macam mana cara 'setel' derita ni? Ok!
Pertama kali,kau hadap kau punya yang Maha kuasa pemilik derita itu.
Seusai itu,coba kau cari jalan penyelesaia n atau solusinya.

Dan, kau jangan simpan derita tu dalam emosi kau. Kenapa,? Kita hidup dalam dunia ini atas emosi. Kau akan sakit kalau emosi kau sakit dan kau ceria kalau emosi kau ceria.

Dalam kau mencari solusi tu, kau balut derita tu dengan ceria atau senyuman. Mungkin pahit tapi hasilny kau sendiri rasa!

Tuesday 21 January 2014

Cipta Solusi.Bukan Marah

Assalamualikum...

Dua ayat yang ringkas tapi mempunyai maksud yang berbeza. Marah dan sabar.tapi adakah ia diperlukan atau dicampak melalui jendela hidup?

Dari mana datangnya marah ni? Sifat peribadi seorang manusia atau fitrah?
Marah ini satu sifat yang jiwa memberontak dan seakan akan emosi berada di puncak sebelum meletup. Tidak dinafikan marah ini semua ada pada manusia.tapi cara kita menahan marah itu berbeza.

Apa kesannya kalau marah?sebagai contoh secawan air teh jatuh dari meja gara2 tangan sahabat yg tidak sengaja menyebabkan ia jatuh. Kita marah kan? "Tangan itu elok2,jatuh dah air teh itu.hati2 la sikit"..

Dan lepas kita marah,adakah air itu automatik kembali ke tempat asal atau terbiar begitu sahaja.
Dan jika kita mempunyai solusi yang aktif,kita mencipta solusi dengan mengangkat cawan itu lalu diletakkan dalam sinki.selesai tak kerja itu?mudah kan.

Kalau marah pun,kerja itu tidak selesai malah bertambah ada.apa yang bertambah? Iaitu kebenciaan dan kejauhan orang lain kpd kita dengan sifat marah kita.

Cipta solusi.bukan marah.