Monday 14 November 2011

KERJA OH KERJA..TUGAS TETAP TUGAS..

SALAM....

kemana saya selama ini???sudah lama aku tidak update blog ini...saya tidak pergi kemana-mana..cuma ada tugas yang aku perlu laksanakan...demi UiTM...aku rela berkorban....pengorbanan itu adalah penting tau..bak kata P Ramlee dlm lagunya...BERKORBAN APA SAJA..HARTA ATAUPUN NYAWA..hehee..

sekarang sibuk sebagai Pembantu Minggu Destini Siswa..saya bukan untuk saja-saja..tetapi demi anak2 melayu yang ingin mengejar kejayaan di institut yang bermakna ini..aku sanggup..untuk membantu mahasiswa ke arah yang mencetus revolusi dalam setiap aspek..tidak boleh ke arah itu..kita pergi ke arah lain..fikirkan cara untuk selesai masalah..bukan fikir untuk masalah...saya berhenti setakat ini dulu..saya mau tido dah..hehe...tunggu kesinambungan ini dari semasa ke semasa...

KASI OK YANG TAK OK TAU!!!!

Mahukah Anda mengubah hidup Anda sekarang ni untuk menjadikannya lebih baik?
Sudah tentu Anda mahu, kan? Untuk itu, Anda kena ada strategi dan kemudian, Anda kena laksanakan strategi Anda.
Hari Ahad ni, ramai orang bersantai-santai. Di waktu santai sebegini, eloklah kiranya kita meluangkan masa mengkaji balik sejauh mana pencapaian kita dan setakat mana dah pencapaian kita.
Ambil sehelai kertas A4.
Tanya diri Anda dengan soalan ini, “apa yang aku rasa tak ok dalam hidupku?”. Tulis soalan tu sebagai tajuk.
Kaji aspek-aspek kehidupan Anda dalam perhubungan, ibadah, kekeluargaan, kelilmuan, pekerjaan dan akhirnya, kewangan. Kita bukan nak pandang belakang ke masa lalu cuma nak meneliti aspek-aspek hidup yang kita perlu perbaiki.
Tulis perkara-perkara yang Anda rasa itu kekurangan Anda, misalnya Anda susah nak buat pilihan, anda teragak-agak, Anda terlalu gopoh, Anda kurang teliti, Anda kerap berbohong atau mungkin Anda kurang bijak mengatur masa Anda sehingga segala-galanya menjadi kelam kabut. Tulis lebih dari 25 perkara yang Anda kurang puas hati dengan hidup anda.
Dalam ibadah misalnya, tulis apa yang Anda rasa tak ok, contohnya Anda selalu terlepas sembahyang Subuh, kurang khusyuk, kurang bersembahyang sunat, selalu sembahyang lewat, kurang membaca Al-Quran. Tu semua contoh saja untuk panduan Anda.
Dalam perhubungan, tanya diri Anda apa yang Anda rasa tak OK.
Mungkin, Anda rasa ada kawan Anda jadi kurang senang dengan sikap Anda. Mungkin, Anda pernah terlepas cakap atau terlebih gurau hingga orang terasa. Kaji, teliti, perhati kemudian tekadlah memperbaiki. Semua kesilapan kita tu, ada peluang untuk diubah lalu ditambah baik.
Kita sentiasa ada peluang kedua untuk memperbaiki diri kita dan memperbaiki kehidupan kita keseluruhannya. Habis peluang kedua, akan ada lagi peluang ketiga, peluang keempat dan peluang-peluang seterusnya.
Berubahlah, supaya dengan itu Anda mampu cemerlang, berjaya, bahagia seperti orang lain yang Anda nampak. Peluang sentiasa ada, cuma rupanya berbeza-beza, munculnya tak disangka-sangka.

Friday 14 October 2011

KELAZATAN MENJADI HAMBA

salam sahabat handai semua..bila musim cuti,,beginilah kerja2 aku..asyik menulis je..boring jgk..takde buat ape2.hehe

kawan-kawan semua..HAMBA??siapa ini??mungkin kita??
ayuh..sama-sama kita berkongsi minda..

siapakah HAMBA yang saya maksud kan??mengikut apa yang saya baca..HAMBA ini adalah Habib bin Najjar yang seorg pemuda yang tinggal di hujung sebuah kampung..
pada suatu hari..allah telah mengutuskan 2 orang rasul untuk berdakwah di kampung berkenaan..2 orang rasul itu telah pergi kerumah habib bin najjar itu untuk berdakwah supaya habib memeluk islam dan mengikut ajaran mereka. selepas habib mendengar kata-kata 2 orang rasul itu...habib bin najjar dengan ikhlas hati dan yakin bahawa dia benar-benar cintakan agama yang dibawa oleh 2 orang rasul itu..baru sahaja dia beriman kepada allah..dia telah merasakan betapa nikmatnya menjadi HAMBA..itu baru habib bin najjar..kita??dah lama dah rasanya jadi hamba..heehehe.

kemudian,2 orang rasul itu pun pergi berdakwah kepada seluruh warga kampung itu..malangnya..usaha dakwah mereka ditentang dan tidak diterima oleh penduduk kampung itu..maka,selepas itu..allah mengutuskan lagi seorang rasul untuk menolong 2 orang rasul tadi..penduduk kampung itu juga menolok ketiga-tiga rasul ini dan menyatakan hasrat untuk menbunuh 3 orang rasul ini.maka,,apabila hal ini didengar oleh habib bin najjar.maka dia pun berlari ke tempat itu..wah...berlari tu...bukan berjalan..ini sudah nampak bahawa betapa sayangnya dia kepada rasul itu serta tidak mahu membuang masa.nah....HAMBA in..walaupun beberapa hari sahaja beriman,telah yakin dengan allah..dia dapat merasai kelazatan menjadi HAMBA apabila mendengar kaumnya menolak islam.

akibatnya..dia ditolak olleh kaumnya sendiri..menurut satu riwayat..perutnya dipijak sehingga pecah dan dia meninggal dunia akibat dibelasah oleh kaumnya untuk mempertahankan 3 orang rasul ini..setelah dia dibangkitkan oleh allah..maka allah menyediakan syurga untuknya..walaupun dia merasakan nikmat allah yang diberikan kepdanya..maka dia amat sedih kerana dia sahaja yang dapat merasasakan benda ini..alangkah moleknya jika kaumnya jugak dapat bersama dia..beruntung sungguh HAMBA ini..

itu baru habib bin najjar..kita macam mane??berapa hari dah kita menjadi HAMBA???apa yang kita lakukan??
sama-sama kita berfikir sejenak..ayuh..lakukan perubahan demi perubahan..be a supermuslim..yeahhhh

best tak kita jadi HAMBA??

salam sahabat handai semua..bila musim cuti,,beginilah kerja2 aku..asyik menulis je..boring jgk..takde buat ape2.hehe

kawan-kawan semua..HAMBA??siapa ini??mungkin kita??
ayuh..sama-sama kita berkongsi minda..

siapakah HAMBA yang saya maksud kan??mengikut apa yang saya baca..HAMBA ini adalah Habib bin Najjar yang seorg pemuda yang tinggal di hujung sebuah kampung..
pada suatu hari..allah telah mengutuskan 2 orang rasul untuk berdakwah di kampung berkenaan..2 orang rasul itu telah pergi kerumah habib bin najjar itu untuk berdakwah supaya habib memeluk islam dan mengikut ajaran mereka. selepas habib mendengar kata-kata 2 orang rasul itu...habib bin najjar dengan ikhlas hati dan yakin bahawa dia benar-benar cintakan agama yang dibawa oleh 2 orang rasul itu..baru sahaja dia beriman kepada allah..dia telah merasakan betapa nikmatnya menjadi HAMBA..itu baru habib bin najjar..kita??dah lama dah rasanya jadi hamba..heehehe.

kemudian,2 orang rasul itu pun pergi berdakwah kepada seluruh warga kampung itu..malangnya..usaha dakwah mereka ditentang dan tidak diterima oleh penduduk kampung itu..maka,selepas itu..allah mengutuskan lagi seorang rasul untuk menolong 2 orang rasul tadi..penduduk kampung itu juga menolok ketiga-tiga rasul ini dan menyatakan hasrat untuk menbunuh 3 orang rasul ini.maka,,apabila hal ini didengar oleh habib bin najjar.maka dia pun berlari ke tempat itu..wah...berlari tu...bukan berjalan..ini sudah nampak bahawa betapa sayangnya dia kepada rasul itu serta tidak mahu membuang masa.nah....HAMBA in..walaupun beberapa hari sahaja beriman,telah yakin dengan allah..dia dapat merasai kelazatan menjadi HAMBA apabila mendengar kaumnya menolak islam.

akibatnya..dia ditolak olleh kaumnya sendiri..menurut satu riwayat..perutnya dipijak sehingga pecah dan dia meninggal dunia akibat dibelasah oleh kaumnya untuk mempertahankan 3 orang rasul ini..setelah dia dibangkitkan oleh allah..maka allah menyediakan syurga untuknya..walaupun dia merasakan nikmat allah yang diberikan kepdanya..maka dia amat sedih kerana dia sahaja yang dapat merasasakan benda ini..alangkah moleknya jika kaumnya jugak dapat bersama dia..beruntung sungguh HAMBA ini..

itu baru habib bin najjar..kita macam mane??berapa hari dah kita menjadi HAMBA???apa yang kita lakukan??
sama-sama kita berfikir sejenak..ayuh..lakukan perubahan demi perubahan..be a supermuslim..yeahhhh

Tuesday 11 October 2011

HADAPI HINAAN DENGAN SABAR DAN TENANG

 HADAPI HINAAN DENGAN SABAR DAN TENANG..CHILL JEE...


ASSALAMUALAIKUM.......



LAMA SUDAH SAYA TIDAK MENULIS..MAKLUMLAH...ADA KERJA..HEHE..


DISINI ADA SATU PERKARA UNTUK DIKONGSI BERSAMA...RENUNGKAN.........




Dalam kehidupan kita seharian..kita semestinya tidak boleh lari daripada hinaan atau hasad dengki oleh orang disekeliling kita..memang,,,,,,hidup kita bukannya sempurna,tentu ada cacat celanya. tidak semua orang suka apa yang kita lakukan..PASTI ada yang tidak berpuas hati dan terus terang membuat hinaan.


biasanya kan,,kita terus menjadi lemah dan kecewa bila orang disekeliling kita membuat begini..tambahan lagi,hinaan itu datang dengan pelbagai bentuk seperti sinis,cacian dan ada juga yang membuat kita terguris hati,.Manusia yang tidak senang dengan kerja kita akan datang kepda kita dengan pelbagai rancangan serta peebuatan yang akan memberi kesan yang negatif kepada kita.saat diri ini ditimpa dugaan seperti ini,,kita akan menjadi lemah,badan terasa letih untuk melakukan kerja-kerja yang dilakukan,.rasa diri ini dibelenggu dan akhirnya..kita berhenti kerja,berhenti berusaha dan berhenti segala-galanya..JANGAN!!!!


adakah kehidupan kita akan bermakna dengan apa yang kita lakukan sebegini???tepuk dada,,tanya iman anda..adakah kita semua terlupa pada satu kisah seorang nabi kita???NABI NUH A.S yang berdakwah selama 950 tahun..adakah baginda berdakwah dalam keadaan senang??TIDAK SAMA SEKALI...
dia berhadapan dengan 1001 hinaan serta dugaan sepanjang 950 tahun berdakwah..yakni,,termasuk dengan hinaan yang diberikan oleh isteri dan anaknya..ADAKAH DIA MENGALAH???


TIDAK!!dia yakin dengan kerjanya dan meneruskan kerjanya sehingga allah memberi kemenangan kepadanya..ALLAHUAKBAR...


lihat pula Rasulullah S.A.W,baginda dihina sepanjang masa dakwahnya di mekah..sehingga baginda digelar oleh musyrikin mekah dengan panggilan orang gila,ahli sihir dan sebagainya. namun,,baginda tidak berhenti..ketabahan baginda membuatkan kaum musyrikin mekah datang kepada baginda dengan menawarkan harta,perempuan,pangkat...anda tahu apa yang baginda kata??
"andai diletakkan matahari di tapak tangan kananku,dan bulan di tapak tangan kiri ku,,maka aku tetap tidak meninggalkan kerjaku ini..."


apa yang belaku kepada perjuangan baginda???BERJAYA KAN??buktinya..iman dan islam itu sampai ke tangan kita hari ini.


NAH......
orang menghina???
jangan terganggu,,teruskan kerja-kerja anda...
BUKANKAH ALLAH BERSAMA KITA??

Thursday 22 September 2011

BERANIKAH KITA MELAKUKAN PERUBAHAN??


Perubahan itu bermula daripada diri individu. Apabila individu-individu berubah menjadi baik maka dia menjadi orang baik. Apabila terdapat individu-individu yang baik, maka masyarakat akan menjadi baik. Orang baik bertanggungjawab menuntut ilmu untuk disampaikan kepada masyarakat, terutamanya ilmu agama. Penyampaian ilmu dan fikrah daripada individu-individu yang baik inilah yang akan membentuk masyarakat yang baik. Orang-orang yang baik akan dipersoalkan oleh Allah sekiranya mereka tidak melaksanakan dakwah terhadap masyarakat.
Seringkali terasa sukar bagi seseorang untuk melakukan perubahan, lebih-lebih lagi perubahan ke arah kebaikan dan kebenaran. Antara punca berlakunya masalah ini ialah lemah pendirian. Seorang yang lemah pendirian dikatakan sebagai seorang yang bermaksiat, lalai, dan tidak memenuhi kewajipan dirinya sebagai seorang Muslim. Perlulah diyakini bahawa sesungguhnya syariat Allah itu diturunkan dalam keadaan mampu dilaksanakan oleh manusia dengan berbagai kelonggaran yang dikurniakan Allah. Oleh itu tiada sebab bagi seseorang untuk tidak memenuhi kewajipan beriltizam dengan syarak. Orang yang lemah pendirian dikatakan sebagai orang yang 'aasi yakni orang yang melakukan maksiat kepada Allah, disebabkan kelalaiannya dalam memenuhi hak-hak Allah SWT.
Terdapat beberapa tanda seseorang itu lemah pendirian menurut pendapat ulama'. Maka jika kita mendapati salah satu daripada berikut terdapat dalam diri kita maka ayuh kembali kepada Allah dan berusaha memperbaiki semula diri kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Antara tanda lemah pendirian:
  • Tidak berhati-hati apabila bercakap. Apabila seseorang itu tidak berhati-hati apabila bercakap, percakapannya boleh dimasuki oleh unsur-unsur yang boleh membawa kepada dosa dan fitnah.
  • Tidak taat kepada pemimpin. Seseorang Muslim itu harus taat kepada pemimpin yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah seperti mana yang telah dijelaskan Allah dalam Surah an-Nisa' ayat 59.
  • Tidak mahu berkorban di jalan Allah.
  • Tidak berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan.
  • Tidak sabar dalam menunggu kejayaan. Misalnya seseorang yang berdoa kepada Allah dan mengharap doa itu dimakbulkan pada saat itu juga sedangkan ada doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah serta merta untuk digantikan dengan balasan yang lebih baik kelak.
  • Mudah terpengaruh dengan godaan dunia. Antara cara untuk mengelakkan godaan dunia ialah memperbanyak amalan dan menyibukkan diri dengan amal-amal Islami.
  • Cepat berputus asa daripada rahmat Allah.
  • Melakukan perkara-perkara yang kurang bermanfaat seperti berhibur dengan berlebihan, tidur berlebihan dan sebagainya.
Perlu juga diketahui bahawa terdapat banyak sebab yang boleh menjadikan seseorang itu lemah pendirian. Antara faktor lemah pendirian ialah pergaulan dengan orang-orang yang lemah pendirian, termasuk menuruti perintah pemimpin yang lemah pendirian. Seperti mana hadis Rasulullah SAW "orang Mukmin itu adalah cerminan saudaranya" dan juga kata-kata "rakyat adalah menurut agama pemimpinnya." Faktor lain yang boleh mendorong kepada lemah pendirian ialah lemahnya iman seseorang. Orang yang lemah iman tidak dapat memperbaik dirinya sendiri. Antara cara untuk menguatkan iman adalah dengan menuntut ilmu, terutamanya ilmu Din dan ilmu-ilmu yang dapat membawa kepada kebesaran Allah SWT. Iman berhubung kait dengan amal soleh. Lemahnya iman menyebabkan amalan soleh kita berkurangan, dan kurangnya amal soleh membawa kepada kelemahan iman. Untuk mengelakkan lemah iman, selain daripada menuntut ilmu, kita hendaklah menjauhkan diri kita daripada mencintai dunia secara berlebihan.

Tuesday 20 September 2011

MASA UNTUK MELAKUKAN ANJAKAN PARADIQMA...

19/9/2011 Sehingga 9/10/11 adalah masa untuk hamba ini menghadapi peperiksaaan akhir bagi semester ini..jika lepas sudah jATUH,,,namun masa ini lah hamba akan bangkit untuk melakar satu kejayaan untuk terus kehadapan..bukan untuk pergi laju..tapi untuk pergi jauh.."if you want to go fast,you go alone..if you want to go far,,go together"..ini lah kata-kata yang perlu digunakan untuk kejayaan...bersAMBUNG...HAMBA NAK baca jap..hehe

Tuesday 13 September 2011

MUSTAHILKAH KITA UNTUK BUAT PERUBAHAN????


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuatan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik kan?
.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun.

@rassull abdullah

RAMADHAN DITANGISI,,SYAWAL DIRAIKAN

MUNGKIN RASE SEDIH BILA TERPAKSA MELEPASKAN RAMADHAN PERGI BEGITU SAJE TANPA SEDIKIT RASA KEMANISANNYA..NAMUN DALAM MERATAPI RAMADHAN SYAWAL MUNCUL DENGAN SUASANA YANG BERBEZA BG KITA..MUNGKIN INI MASA UNTUK MERAIKAN KEJAYAAN KITA DALAM RAMADHAN..NAMUN,,APEKAH PERJUANGAN KITA DALAM RAMADHA???TEPUK DADA,TANYA IMAN KITA..PERLU KITA MENANGISI SYAWAL SAMA DENGAN RAMADHAN???MUNGKIN TIDAK KOT..PERCAYA LAH..IA LEBIH GILER2 LG DARI SYAWAL TAHUN LEPAS..NAMUN...WALAUPUN IA TERUS BEGINI..AYUH.....SAMA BERJUANG DALAM KEHIDUPAN KITA SEBAGAI 'SUPERMUSLIM' BAGI MENGEJAR KENIKMATAN DUNIAWI YANG BERPAKSI KEPADA AKHIRAT...DUNIA DIJAGA,AKHIRAT TERJAGA...

Monday 15 August 2011

diri ini dalam ramadhan


alhamdulilah..
hari ni hari keENAMBELAS kite puasa..segalanya selamat
hari demi hari..to..kadang2 terasa penat dgn tugas dan masa belajar..
biasela..nama pun pelajar kn..jadi,,kena lah byk belajar..heee..
terasa ingin membuat trasnformasi dlm diri..tp paakan daya..ak perlukan lg daya
usaha yg kuat..ya allah..kuatkn lg iman diri ini..

ku tau siapa diri ini..ade dosa ada pahala..
memang..dosa dan pahala kau berikan..
tp itu atas diriku jua yg lakukan...
moga di bulan ramadhan ini..
ampunilah dosaku yg lalu..
tmbhkanlah pngetahuan sempurna..dunia dan akhirat
moga dpt diperhitung amalan ini kelak..
dengan sebaik-baik al mizan..

Friday 12 August 2011

LALUAN KITA SEBAGAI MUKMIN DARI DUNIA KE AKHIRAT


assalamualaikum..alhamdulillah dapat lagi berkongsi sedikit ilmu yang diberikan Allah s.w.t
entri kali ini adalah mengenai laluan yang akan kita lalui dan cara melepasinya...

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala

* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala 


sekian...assalamualaikum

Monday 8 August 2011

HATI-HATI DENGAN DAKYAH KRISTIAN


Awasi dakyah Kristian

Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakyah Kristian.

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

DAPAT JUGA MENEMUI KEKASIHKU KEMBALI


Kekasihku Dapat Ku Temu Kembali..


Salam ‘Ramadhan Kareem’ buat semua sahabat dan sahabiah. Agak lama saya tidak menulis di tinta dakwah ini. Alhamdulillah atas kudrat yang masih dipinjamkan oleh Allah, saya masih terus mampu untuk berkongsi sekadar apa yang tahu dan mampu..insyaAllah
Terus terang saya katakan, saya sangat-sangat merinduinya, dan saya yakin begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Sudah hampir sebelas bulan saya meninggalkannya. Alhamdulillah Allah masih izinkan saya untuk bertemunya lagi. Satu bulan yang dapat saya curahkan kasih,rindu serta sayang saya kepada PENCIPTA saya. Inilah bulan yang seluruh umat Islam menanti-nanti akannya.

Sangat seronok bagi seseorang kanak-kanak yang sedang mula bertatih untuk belajar berpuasa. Bulan ini amat-amat mengajarnya akan kesabaran. Namun kesabaran itu tidak akan menjadi sia-sia kerana di akhir bulan abi dan ummi akan menepati janji untuk memberikan ganjaran. Sangat indah zaman itu…

Kini TIDAK lagi..

NAK atau TAK NAK hanya bergantung kepada iman. Iman yang jana kuasanya bersumber daripada Aqidah. TAK NAK berpuasa nampaklah rosaknya Aqidah kita. Susah itu indah kerana kesenangannya di akhirat sana.

Teringat mesej daripada seorang sahabat:
“ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian, ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..”

Kata-kata ini cukup membuatkan diri untuk terus bermuhasabah. Zon tarbiyyah sudah pun bermula. Hasilnya akan terus dituai untuk sebelas bulan yang mendatang. Gagalnya kita dalam zon ini memungkinkan kita untuk terus menerus berada dalam kegagalan. Masakan tidak Allah sendiri mengharapkan kita beroleh ketakwaan daripada bulan ini,sebagaimana firmanNya :


“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”(Surah al-Baqarah:183)

Sahabat-sahabat..,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala, asalkan niat dan caranya bertepatan dengan syara’.Begitu besarnya kasih sayang Allah kepada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu." (HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban Dan Baihaqi)
Wallahua’lam…
p/s : Saya Muhamad Hazwan b.Hamidan memohon kemaafan kepada semua sahabat yang mengenali diri ini juga kepada seluruh pembaca dan blogger sekalian. Moga Ramadhan kali ini membuahkan ketakwaan dalam diri kita,amin

LANGKAH TERCIPTA


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun jiwa kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

Monday 2 May 2011

salam ukhwah UNTUK SEMUA..

tak sanggup ku tahan,
tetes air mata,
di saat ku berdiri
di tanahMu yang suci
tak henti memuji
mulut ini berdzikir
saat ku melihat
surga hati disini