Monday 14 November 2011

KERJA OH KERJA..TUGAS TETAP TUGAS..

SALAM....

kemana saya selama ini???sudah lama aku tidak update blog ini...saya tidak pergi kemana-mana..cuma ada tugas yang aku perlu laksanakan...demi UiTM...aku rela berkorban....pengorbanan itu adalah penting tau..bak kata P Ramlee dlm lagunya...BERKORBAN APA SAJA..HARTA ATAUPUN NYAWA..hehee..

sekarang sibuk sebagai Pembantu Minggu Destini Siswa..saya bukan untuk saja-saja..tetapi demi anak2 melayu yang ingin mengejar kejayaan di institut yang bermakna ini..aku sanggup..untuk membantu mahasiswa ke arah yang mencetus revolusi dalam setiap aspek..tidak boleh ke arah itu..kita pergi ke arah lain..fikirkan cara untuk selesai masalah..bukan fikir untuk masalah...saya berhenti setakat ini dulu..saya mau tido dah..hehe...tunggu kesinambungan ini dari semasa ke semasa...

KASI OK YANG TAK OK TAU!!!!

Mahukah Anda mengubah hidup Anda sekarang ni untuk menjadikannya lebih baik?
Sudah tentu Anda mahu, kan? Untuk itu, Anda kena ada strategi dan kemudian, Anda kena laksanakan strategi Anda.
Hari Ahad ni, ramai orang bersantai-santai. Di waktu santai sebegini, eloklah kiranya kita meluangkan masa mengkaji balik sejauh mana pencapaian kita dan setakat mana dah pencapaian kita.
Ambil sehelai kertas A4.
Tanya diri Anda dengan soalan ini, “apa yang aku rasa tak ok dalam hidupku?”. Tulis soalan tu sebagai tajuk.
Kaji aspek-aspek kehidupan Anda dalam perhubungan, ibadah, kekeluargaan, kelilmuan, pekerjaan dan akhirnya, kewangan. Kita bukan nak pandang belakang ke masa lalu cuma nak meneliti aspek-aspek hidup yang kita perlu perbaiki.
Tulis perkara-perkara yang Anda rasa itu kekurangan Anda, misalnya Anda susah nak buat pilihan, anda teragak-agak, Anda terlalu gopoh, Anda kurang teliti, Anda kerap berbohong atau mungkin Anda kurang bijak mengatur masa Anda sehingga segala-galanya menjadi kelam kabut. Tulis lebih dari 25 perkara yang Anda kurang puas hati dengan hidup anda.
Dalam ibadah misalnya, tulis apa yang Anda rasa tak ok, contohnya Anda selalu terlepas sembahyang Subuh, kurang khusyuk, kurang bersembahyang sunat, selalu sembahyang lewat, kurang membaca Al-Quran. Tu semua contoh saja untuk panduan Anda.
Dalam perhubungan, tanya diri Anda apa yang Anda rasa tak OK.
Mungkin, Anda rasa ada kawan Anda jadi kurang senang dengan sikap Anda. Mungkin, Anda pernah terlepas cakap atau terlebih gurau hingga orang terasa. Kaji, teliti, perhati kemudian tekadlah memperbaiki. Semua kesilapan kita tu, ada peluang untuk diubah lalu ditambah baik.
Kita sentiasa ada peluang kedua untuk memperbaiki diri kita dan memperbaiki kehidupan kita keseluruhannya. Habis peluang kedua, akan ada lagi peluang ketiga, peluang keempat dan peluang-peluang seterusnya.
Berubahlah, supaya dengan itu Anda mampu cemerlang, berjaya, bahagia seperti orang lain yang Anda nampak. Peluang sentiasa ada, cuma rupanya berbeza-beza, munculnya tak disangka-sangka.