Tuesday 21 January 2014

Cipta Solusi.Bukan Marah

Assalamualikum...

Dua ayat yang ringkas tapi mempunyai maksud yang berbeza. Marah dan sabar.tapi adakah ia diperlukan atau dicampak melalui jendela hidup?

Dari mana datangnya marah ni? Sifat peribadi seorang manusia atau fitrah?
Marah ini satu sifat yang jiwa memberontak dan seakan akan emosi berada di puncak sebelum meletup. Tidak dinafikan marah ini semua ada pada manusia.tapi cara kita menahan marah itu berbeza.

Apa kesannya kalau marah?sebagai contoh secawan air teh jatuh dari meja gara2 tangan sahabat yg tidak sengaja menyebabkan ia jatuh. Kita marah kan? "Tangan itu elok2,jatuh dah air teh itu.hati2 la sikit"..

Dan lepas kita marah,adakah air itu automatik kembali ke tempat asal atau terbiar begitu sahaja.
Dan jika kita mempunyai solusi yang aktif,kita mencipta solusi dengan mengangkat cawan itu lalu diletakkan dalam sinki.selesai tak kerja itu?mudah kan.

Kalau marah pun,kerja itu tidak selesai malah bertambah ada.apa yang bertambah? Iaitu kebenciaan dan kejauhan orang lain kpd kita dengan sifat marah kita.

Cipta solusi.bukan marah.